Thursday, October 27, 2011

...TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA...


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
§  Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 
§  Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
§  Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
§  Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
§  Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
§  Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
§  Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah 
amalnya melainkan tiga macam :
1.     Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 
2.     Ilmu yang berguna dan diamalkan. 
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

by:m@ta_anja

No comments:

Post a Comment